Homestay Abah 1

PRASARANA

1. Rumah kampung, dua tingkat, 5 bilik, 2 bilik air, 2 tandas
Traditional 2 storey Kedah house

Terletak di tepi sawah dengan pemandangan yang mendamaikan menghadap ke Gunung Baling.
Situated in the heart of Baling, near the wellknown Baling Hill; this place offers you the relaxing scenery. 

2. Katil besar Queen size
     Queen size bed

5 buah katil besar Queen size disediakan, tiga buah di tingkat bawah dan dua buah di tingkat atas. Satu tilam tambahan single juga turut disediakan untuk keselesaan tetamu.
We provide you with 5 queen size bed, 3 at the downstair room and 2 at the upstair room. 1 extra matress is also provided for your convenience while staying with us. 

Katil bilik utama tingkat bawah (Main room downstair)

Katil kedua tingkat bawah. (Second bed downstair)

Katil ketiga tingkat bawah. (Third bed downstair)

Katil bilik utama tingkat atas. (Main room upstair)

Katil kedua tingkat atas. (Second bed upstair)

3. Ruang tamu yang luas dan selesaRuang tamu yang disediakan cukup luas, lengkap dengan satu set sofa dan satu set setee rotan. Ruang tamu juga dilengkapi dengan satu set televisyen lengkap dengan Astro.

TV dengan Astro

sofa dan setee

Ruang tamu yang cukup luas

4. Ruang dapur
Ruang dapur yang dilengkapi dengan kelengkapan memasak, pinggan, mangkuk dan dapur yang dilengkapi gas. Satu meja makan dengan empat kerusi dan almari dapur serta peti sejuk turut disediakan untuk kemudahan tetamu.

Ruang utama dapur

dapur lengkap bergas

meja makan dengan empat kerusi

Sinki dan peralatan dapur

5. Dua bilik air dan dua tandas
Bagi kemudahan tetamu yang biasanya datang dalam kumpulan yang besar, dua bilik mandi dan dua tandas telah disediakan.

Bilik air dan tandas

Bilik air dan tandas utama

6. Peralatan tambahan
Peralatan tambahan turut disediakan secara percuma. Peralatan tambahan yang disediakan adalah seperti berikut :

  • seterika
  • pemanas air
  • periuk nasi elektrik
  • mesin basuh
  • peti sejuk

7. Kemudahan Wifi
Kemudahan Wifi turut disediakan di Homestay Abah. Sila rujuk kadar pada harga kami.

8. Kenderaan
Kemudahan kenderaan yang boleh disewa di Homestay Abah adalah seperti berikut. Sila rujuk kadar pada harga kami.

  • Basikal
  • Motorsikal

Hubungi kami untuk membuat tempahan

KADAR SEWA

Pakej Biasa
Kadar sewa semalam Rm100.00 sahaja, dengan maksimum 15 orang.
Tingkat atas tidak dibuka untuk tetamu.

Pakej Rombongan
Kadar sewa semalam RM150.00 sahaja, maksimum 30 orang.
Sewa adalah untuk sebuah rumah dua tingkat.

KEMUDAHAN WIFI

Kadar sewa sehari adalah Rm10.00 sahaja. Sila maklumkan sebelum kata laluan diberi.

PERALATAN TAMBAHAN

pemanas air
mesin basuh

Peralatan tambahan disediakan secara percuma di Homestay Abah. Tetamu bertanggungjawab penuh di atas keadaan dan keselamatan peralatan yang disewa. Peralatan tambahan yang disediakan adalah seperti berikut :

  • Seterika
  • Pemanas air
  • Periuk nasi
  • Mesin Basuh
  • Peti Sejuk

KENDERAAN

1. Basikal

Klik untuk gambar penuh
Beskal Homestay Abah

Buat masa ini kami menyediakan sebuah basikal untuk disewa dengan kadar RM1.00  sejam.Manakala untuk sewa sehari RM5.00. Tetamu bertanggungjawab penuh di atas keadaan dan keselamatan peralatan yang disewa.

2. Motorsikal

Klik untuk gambar penuh
Motor Homestay Abah

Buat masa ini kami menyediakan sebuah motorsikal untuk disewa pada kadar sejam RM3.00. Manakala untuk sehari RM20.00. Minyak tidak disediakan. Sila tunjukkan lesen memandu. Tetamu bertanggungjawab penuh di atas keadaan dan keselamatan peralatan yang disewa.

Hubungi kami untuk membuat tempahan

Responses

  1. assalamu’alaikum🙂 nak bertanya, kipas kat rumah ni mcm mana ye? ada kipas stand ke tak? atau kipas dinding?

    • Kipas syiling dan kipas stand. Terima kasih.

  2. Homestay Abah1 dan Homestay Abah2 berdekatan ka?

    • Homestay Abah 1 dan 2 terletak bersebelahan. Terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: